Tuesday, August 2, 2011

Sekitar Sambutan Jubli Perak SMKPT

-assalamualaikum-


salam ramadhan semua...
posa x ari nie???
hhohohohooo... mesti la posa kan....


k, ari nie nak aq nak story mory pasal event dkat sekolah aq dulu
pada 27 Julai 2011 yang lalu
semua warga sekolah diraikan dengan sambutan Jubli Perak sempena perayaan 25 tahun sekolah kami...
aq n kawan2 sempat meluangkan masa sepetang disekolah
turun bertegur sapa dgn cikgu2


mmg entry kali nie penuh dengan gambar
gambar kali nie aq dpat dari facebook :

Cikgu Nabil
Cikgu Nuzi
Muiz
My Phone


oklah... event kali nie mendapat kunjungan istimewa dari 2 orang tetamu y terkenal bagi memeriahkan majlis
pada sesi pagi dimeriahkan dgn kedatangan Ratu Lompat Galah, Roslinda Samsu
manakala petangnya dimeriahkan dgn lawak spontan oleh Leman Raja Lawak




majlis tahun nie dimulakan dgn perbarisan menyambut tetamu diawal pagi bagi merasmikan sambutan Jubli Perak, Kadet Polis mengambil tempat untuk pemeriksaan baris oleh tetamu jemputan...




kehadiran tetamu disambut meriah dgn alunan gendang silat dan diarak dgn bunga mangga serta pemegang lembing... adik aq ambek port sebagai salah seorang yang pegang lembing... xcaya tengok kat bawah nie...




seterusnya dgn pemeriksaan perbarisan n ucapan oleh tetamu jemputan, disusuli dgn tarian oleh pelajar2 sekolah yang mengambil bahagian




bermula la acara penganugerahan Anugerah Terbilang 1Malaysia kepada bekas pelajar SMKPT atau lebih dikenali sebagai Ratu Lompat Bergalah, Roslinda Samsu sebagai simbolik kepada kejayaan beliau yang memberi rangsangan kepada pelajar untuk menunjukkan bakat kesukanan masing2...




yang ni pula penerima2 Anugerah Terap Cemerlang, Anugerah Terap Gemilang & Anugerah Terap Terbilang (gambar sebahagian sahaja)




seterusnya upacara penanaman pokok di kawasan bangunan baru sekolah




majlis juga diriuhkan dgn pembukaan gerai2 oleh cikgu2 dan pelajar sekolah sepanjang majlis berlangsung iaitu dari jam 9 pagi hinggalah 12 tengah malam... macam2 makanan ada jual kat cini... aq sempat la juga makan burger yang dijual digerai Cikgu Azmi (Muiz Din yang blanja) n air soya free hasil paw dari adik aq yang berniaga digerai kelas MPV





turut memeriahkan majlis dengan pemeriksaan kesihatan percuma n pameran oleh beberapa agensi yang mengambil bahagian... CIkgu Nuzi & Cikgu Bakri xmelepaskan pluang buat pemeriksaan kesihatan




ok... acara yang bermula pada sebelah pagi iaitu sukaneka dari adik2 Sek Keb Padang Terap... tengok la tu, macam2 ragam adik2 nie... hahahhahahaaa...





sebelah petang bemulalah acara sukan rakyat... bermula jam 2.30 petang cam tu la... aq p time nie la petang tu... ramai orang2 kampung turun padang bagi join program yang dah dirancang oleh jawatankuasa program...


acara gubahan buah2an tempatan



acara gubahan sejadah



acara gubahan sirih junjung



pertandingan memasak



pukol 4 lebih2 perhatian kami ditarik dngn konvoi tetamu jemputan yang disertai oleh ahli2 Kedah Motor Sport Club y mai dgn motor2 yang ber CC tinggi... perhhh... penuh pakat dok p tengok geng2 nie... maklumla... leh tengok motor kegemaran ramai...





tetamu jemputan diwaktu petang
diarak dengan alunan gendang silat




upacara pertunjukan seni mempertahankan diri oleh ahli2 Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia... maen lompat2, maen parang... lawan dgn kayu... hanya yang terlatih sahaja yang boleh buat semua nie...




sukan rakyat bersambung lagi...


acara kukur nyior



acara tarik tali lelaki n perempuan



acara panjat tiang lincin



macam2 lagi acara petang tu... bola sepak perempuan, bola jaring lelaki... aktiviti rumah hantu... macam2 lagi la... kami pula keja dok pusing2 ambek gambar ja... da keja len nak buat... nak masuk bertanding pon malas... ashik bergelak ja keja kami...





masa nak tumpang bergaya dgn motor orang...
hahhahahhaaaa... bukan selalu...







koi 6 petang pulak ada perlawanan persahabatan diantara veteran KEDAH vs pasukan pilihan Padang Terap... aq xsempat nak tengok sampai habis sebab ada hal... masa aq balik pon veteran KEDAH sudah mendahului dgn 3-2.... dengaq mmber aq cita pasukan pilihan kalah petang tu... mmg hebat la geng veteran nie... dah berumur pun still kuat lagi... stamina stady beb... klu lari geng muda leh nak lawan.. haahhahaaaaa




malam pulak ada ceramah perdana oleh Ustaz Kamaruddin Abdullah, bekas paderi yang memeluk islam... klu salah tajuk ceramah perdana tu "Kenapa Saya Memilih Islam"


ok lah.... panjang pulak entry kali nie kan...
klu ikutkan hati nak masukkan lagi bnyak gambar...
tapi bila terkenangkan line berukband yang sesangat laju nie xjadi la rasanya...


ermmm....
apa mcm buka posa malam nie
dah kenyang ka???
makan apa???


k lah noooo... nk kluaq g tarawih lak...
wassalam
adiosss... amiosss...

0 Ulasan Dari Hati:

Post a Comment

Dah baca entry saya...
ada sebarang kemushkilan???
suratkan segala yang tersirat dihati anda disini...
~Terima Kasih~